Monday, February 28, 2011

BISIKKAN RASA

Ku memendam rasa dengan berdiam diri,
Ku layari rasa ini tanpa harapan...
Walaupun terasa sedikit terluka,
Ku biar ianya berlalu tanpa disedari...
      Kesepianku memgundang gundah dihatinya,
      Menyatakan kegusaran sedangkan hati melara...
      Tampak sempurna serinya ada bersamaku,
      Berbicara tentang hatimu sedangkan ia milikku.
Jauh kau letakkan nilai kasih kita...
Ianya tetap berada dekat dihatimu,
Semakin kau cuba lupakan kisahnya...
Semakin mengikat diriku dijiwamu.
      Ku fahami gelodak jiwamu..
      Kerana aku merasai tanpamu disisi,
      Kau terlalu ego dan menafikannya...
      Sedangkan kau terasa sesuatu tanpaku disisimu.
Mengapa sukar untuk kau meluahkannya?
Adakah tanpa berkata-kata dapat merungkaikannya?
Aku tidak tahu berapa lama dapat menantimu?
Kerana aku tidak lagi menaruh harapan bersamamu.
      Berbisik melagukan kenangan terindah bersamamu,
      Kesepian ini menyusuri hariku tanpa kehadiranmu...
      Ku tidak menduga retak ini masih ada simpulannya,
      Kerana irama nalurimu masih bersamaku.

                                                                                  NUKILAN
                                                                    MYLOVELY @ KASIH HATI
                                                                        28HB FEBRUARI 2011


     
      

Sunday, February 27, 2011

KEMELUT

Bagaimana dapat ku nyatakan perasaanku saat ini?
Hari ini paling sukar ku lalui...
Hingga aku tidak mengerti apa yang terjadi,
Terlalu perit bila hubungan terlalu suram.
      Aku tidak pernah menyimpan perasaan dengki...
      Tetapi adakala terasa tidak adil dalam perjalanan,
      Aku hanya ingin rasa memahami...
      Tetapi rasanya itu tidak ada dalam kembara bersama.
Aku tidak menyangka kerasnya hatimu...
Sedangkan aku sekadar ingin berkongsi rasa dihati,
Hati ini juga tidak boleh menipu apa yang dirasai,
Terasa bersalah atas kemuraman wajahmu...
      Hingga membuat aku terlalu menekan diri....
      Inikah insan yang ku sayangi sepenuh hati?
      Inikah insan yang aku inginkan kesempurnaan untuknya?
      Hingga perkara lain tidak penting bagiku.
Adakah aku yang terlalu taksub keutamaan?
Sedangkan tiada di dalam memorinya untukku,
Sekadar ada biasa,tiada pun tiada erti...
Terasa luluh dijiwa menghadapi kebenaran.
      Rasa yang menekan ini memakan diriku...
      Tidak ku sedari diri tidak mampu menghadapinya,
       Derita ini menjerat diriku...
      Akhirnya aku tumbang tidak sedarkan diri.
Aku tidak tahu berapa lama...
Yang ku tahu terasa sakit menekan...
Membuat aku tidak mampu berdiri teguh,
Hanya semangat ingin meneruskan perjalanan...
       Aku membawa diri mencari kelainan...
       Mengisi ketenangan yang hampir hilang,
       Menyendiri membina kekuatan yang hilang,    
      Tanpa aku sedari ada insan yang menyedari...
Mencari ruang untuk berbicara tetapi tidak memaksa,
Menyedari kerunsingan yang ku alami...
Mendorong dan menyokong tidak berbelah bagi,
Berdiri bersama tanpa dipinta...
       Tetapi ianya hanya seketika...
       Tika bersendirian aku masih berfikir...
       Hanya rindu ini tidak dilunaskan...
       Kerana aku tetap mencari kehadirannya.
                                                                         
                                                                        NUKILAN
                                                          MYLOVELY @ KASIH HATI
                                                           27HB FEBRUARI 2011


Saturday, February 26, 2011

KITA

Kemesraan...
Terasa jauh ungkapan ini dalam hidupku,
Hanya melihat dari jauh akan segalanya,
Kesuraman antara kita ujudkan cemburu dihati.
       Sejak ku kenali rasa kasih ini...
       Sukar ku buang jauh ianya dari hati,
       walaupun berkali-kali ku disakiti...
       Mengapa kemarahan dan rasa benci sementara?
Apabila rasa memberontak telah reda...
Segalanya mekar saat merenung seraut wajah,
Tika rasa rindu bertahta bagai kehilangan arah,
Meniti keresahan inginkan kehadiran disisi...
       Jiwa ini bagaikan mengukir namamu dipersada..
       Terlalu menekan ingin memiliki seadanya dirimu,
       Ku tahu semua ini tidak akan berlaku...
       Antara kita tidak ditakdirkan untuk bersama.
Antara kita ada pertemuan dan mungkin perpisahan...
Antara kita ada ikatan dan rasa kasih yang dalam...
Antara kita ada ada impian dan realiti...
Tetapi antara kita tidak sehidup semati.

                                                                                 NUKILAN
                                                                 MYLOVELY @ KASIH HATI
                                                                      25HB FEBRUARI 2011

Friday, February 25, 2011

UTUSAN

Utusan...
Kenapa saat ini kau diam membisu..?
Tiadakah khabar dari dia...?
Mengapa terlalu resah ku rasakan...?
       Aku ingin tahu kenapa?
       Adakah sudah bosan melayan kerenahku...?
       Lupakah akan diri ini yang sentiasa menanti?
       Adakah berkecil hati denganku tidak disedari?
Mengapa terlalu banyak andaian dalam diri ini?
Kenapa kehadiran utusan ini sangat penting?
Terasa tidak lengkap tanpa kehadirannya,
Penantian memang satu penyeksaan...
       Hampir terlena menunggu...
       Tetapi hati tetap runsing memikirkannya,
       Hampir berputus asa...
       Apa yang dinanti menjelma jua.
Hilang gundah terasa indah...
Hadir keceriaan dalam diri,
Senyuman terukir diwajahku,
Bermulalah cereka sebelum melelapkan mata.
       Terima kasih utusan...
       Berakhir hariku dengan kehadirannya,
       Kebiasaan yang menjadi rutin tersendiri,
       Penutup saat mnyulam mimpi.
       

                                                                      NUKILAN
                                                      MYLOVELY @ KASIH HATI
                                                            25HB FEBRUARI 2011


Thursday, February 24, 2011

DILEMA

Resah yang tidak diketahui puncanya,
Menung yang panjang dan sepi,
Adakah kerana hati yang sakit..?
Tetapi mengapa...???
      Aku tiada jawapan pada persoalan ini,
      Terlalu runsing dan menekan...
      Adakah kerana silap pertimbangan dalam diri?
      Lara yang tidak bertepi...
Ku tahu ada kemarahan dalam diri,
Ingin ku lepaskan......
Sendiri tidak tahu puncanya,
Kesakitan yang bagaimana ingin diluahkan...?
      Cukup membakar dan membara...
      Tetapi mengapa ada kerisauan...?
      Mengapa terasa ngilunya dan cemburu seadanya?
      Apa yang ku rasai ini....buntu?
Mengapa aku terlalu memikirkannya?
Apa yang ku fikirkan?
Sendirian dan terasa kosong...
Kenapa ini terjadi...aku tidak tahu?

                                                                   NUKILAN
                                                    MYLOVELY @ KASIH HATI
                                                        23HB FEBRUARI 2011


Wednesday, February 23, 2011

SALAHKAH..?

Aku menghayun langkah penuh semangat...
Berdiri teguh bersama cereka bisuku...
Menemani kepulangan di petang yang hening,
Cereka bisuku tiba-tiba mengungkap rahsia tidak disedari.
      Mengapa harus ada kaitan segalanya?
      Keterlaluankah aku mencampuri hak dirimu?
      Mengapa tidak kau jagai dirimu sebaik mungkin?
      Salahkah aku mengharap yang terbaik untukmu?
Terlalu menekankah aku mengharapkan keistimewaanmu?
Hanya tidak mahu ada yang mempersoalkan tentang dirimu,
Terlalu menyakitkan mendengar cerita tidak ku ketahui...
Adakah ianya benar atau sekadar penyedap cerita.
      Aku buntu...
      Pelbagai rasa yang ku tidak tahu kenapa...?
      Yang pasti ianya menyakitkan...
      Mengapa kau ingin mencari duri dalam hidupmu?
Aku pohon lupakanlah segala cerita silammu...
Bagiku ianya Sekadar kiasan berduri...
Aku juga ada cereka silam tetapi pandanglah ke hadapan...
Usah diungkap cereka lama...tolonglah hindari!
      Mereka tidak memandang kebenaran tetapi sejarah lama...
      Mengapa mengungkap kembali...perlukah segalanya kini?
      Cukup menikam menghadapi kebenaran...
      Yang aku tidak mahu tahu atau diberitahu.
Petang hening ini aku cukup terasa dengan kata-katamu...
Bagiku kau sebahagian dalam hidupku tetapi nyata...
Aku bukan sesiapa atau sebahagiaan dalam hidupmu...
Terlalu pedih menerima kebenaran ini...terima kasih.

                                                                       NUKILAN
                                                         MYLOVELY @ KASIH HATI
                                                            22HB FEBRUARI 2011





Tuesday, February 22, 2011

KOMPLIKASI KELUKAAN

Sendirian aku mengelamun...
Berada dalam keadaan kaku dan kosong...
Ku cuba mencari dan menilai kehidupan...
Yang hadir hanya wajah-wajah insan yang ku sayangi.
       Lalu ku tatapi potret kenangan...
       Mengimbas setiap memori yang bermakna,
       Ada tersimpan suka duka bersama yang telah berlalu...
       Terukir senyuman di wajahku dan sedikit kemuraman.
Terlalu cepat masa berlalu....
Hingga tidak kusedari terlalu lama aku menyepi,
Hampir terlupa wajah-wajah ini pernah menghiasi hidupku,
Mengapa...?Ada luka yang tersimpan sukar ku lupakan.
        Lalu titisan manik halus menghiasi wajahku kini...
        Terasa sebak jelas kesakitan lama ini masih ada...
        Berdendamkah aku...?
        Terasa jiwa ini terbang melayang mengingati peristiwa itu...
Satu ketika dulu hati ini pernah dihiasi rasa kasih...
Hingga saat ini rasa ini tidak pernah pudar...
Ku cuba untuk melupakannya tetapi puas ku hindari...
Ia tetap utuh disanubariku yang paling dalam.
       Aku malu sekadar menjadi persinggahan,
       Menjadi pendamping tatkala badai melanda...
       Ku selami segalanya inginkan kegembiraan diwajahnya,
       Tetapi kala keceriaan itu aku dipinggirkan.
Bagaimanakah ingin ku nyatakan tentang diri ini...???
Bagai melukut ditepi gantang...
Pedih terasa bagaikan sembilu tertusuk,
Adakah kerana kesilapan pertimbangan?
       Aku tidak pinta Akan kehadirannya...
       Segalanya ku terima kerana takdirku,
       Salahkah aku mendamba kebahagiaan..???
       Rasa luka ini berdarah kembali saat ini...
Sekian lama ku rawat...
Masih berdarah dan semakin dalam...
Mengapa terlalu sukar ingin ku hadapinya?
Adakah ini bermakna aku akan sendiri?

                                                                 NUKILAN
                                                    MYLOVELY @ KASIH HATI
                                                       21HB FEBRUARI 2011
              


Monday, February 21, 2011

GERIMIS

Bukan niatku membuka cerita...
Hanya melahirkan gerimis dihati,
Mengapa terlalu sukar melupakan Kiasan berduri?
Disebalik ikatan yang sukar ku mencari erti...
       Mata yang melihat bukanlah ceritanya,
       Menilai sekadar menonton perlakuan...
       Sekadar cereka yang tiada kesudahannya,
       Misteri menjadi rahsia tiada nilai.
 Segalanya mudah kerana tautan jiwa,
 Ku korbankan hanya inginkan keceriaan...
 Pelikkah jika senda gurau seirama...?
 Terlalu ganjilkah jika ianya istimewa...?
       Begitu mendalam rasa kasih kerana menyayangi,
       Rasa gundah jika tiada lembaran harianku,
       Terasa sepi tanpa tawa dan senyuman penawar,
       Menjadi resah tanpa bayangan kehadiran yang dinanti.
Jika ditanya mengapa...???
Tiada jawapan dapat ku ungkap...
Yang ku ketahui...menerima...
Kerana satu keikhlasan dan kejujuran nyata dihati.

                                                                           NUKILAN
                                                            MYLOVELY @ KASIH HATI
                                                                20HB FEBRUARI 2011
      
    

Sunday, February 20, 2011

HARI-HARIKU

Setengah purnama yang lalu...
Hariku bermula dengan selamat pagi...
Tanpa kehadirannya aku bagaikan kehilangan...
Sukar melaluinya bagaikan tiada makna.
       Pertanyaan demi pertanyaan diutarakan,
       Menjadikan segalanya dalam perhatian,
       Kemesraan dihiasi dengan senda gurauan
       Bagaikan lama tidak bersua...
Adakalanya tiada penyeri diwajahku...
Kadangkala kataku bagaikan belati menikam...
Segalanya diterima dengan tulus penuh kesabaran,
Membuat aku terpana dengan kelembutan kerenah.
        Adakala memujuk adakala mendiamkan diri...
        Memberi ruang  api menjadi bara...
        Menyiram ketika kebekuan menyejuk...
        Menjadi aku lemah menyendiri sepi.
Tanpa jemu mngusung cereka bisu bersama...
Tanpa bicara saling bertaut...
Kedegilanku kadangkala menjadi rajuk dihati,
Tetapi tidak pernah aku dibiar sendiri melalui.
        Sebelum berakhirnya hariku...
        Tidak terhenti perhatian untukku,
        Walaupun selalu ditinggalkan sendirian...
         Ku memahami menerima seadanya tanpa curiga.

                                                                              NUKILAN
                                                             MYLOVELY @ KASIH HATI
                                                                   20HB FEBRUARI 2011
      
       


Saturday, February 19, 2011

BILA

Bila ada cinta adanya rasa kasih...
Bila ada kasih adanya rasa sayang...
Bila rasa sayang adanya cemburu dihati...
Bila rasa cemburu hadirnya rasa curiga...
       Segalanya bermain dan bersemadi menjadi satu rasa,
       Kadangkala bila rasa hadir...indah tiada kata,
       Setiap yang dilakukan ingin dikorbankan untuk dirinya,
       Hingga terlupa adakala menjadi buta kerananya.
Bila pembohongan menjadi satu kebenaran...
Mula terasa diri di khianati,
Kala kebenaran menjadi satu pembohongan...
Terasa dunia ini tidak adil...
       Dimana silapnya intipati kehidupan...
       Mengapa ingin menyalahkan keadaan...???
       Sedangkan kala perasaan melebihi akal...
       Lebih bencana dan kebencian melanda...
Kenapa tidak muhasabah diri...???
Segala yang terjadi ada hikmahnya yang tersembunyi...
Apabila akal melebihi perasaan...
Segalanya menjadi mudah kerana ada Yang ESA di sisi.

                                                                                NUKILAN
                                                                MYLOVELY @ KASIH HATI
                                                                    19HB FEBRUARI 2011
       

Friday, February 18, 2011

SAYANG

Sayang...
Kenapa bila bersua terasa hati ini bergetar..?
Terasa indah bila bersamamu...
Terasa takut kehilanganmu....
      Ku sulam rasa bahagia ini....
      Dengan gurauan n sendamu yang penuh ceria,
      Senyuman dan ketawamu pengubat rasa rindu ini,
      Bersulam dengan rasa kasih antara kita.
Sayang...
Rajukmu kadang-kadang membuat aku nanar,
Kemarahanmu membuat aku rasa disayangi,
Perhatianmu terasa aku amat dihargai,
Kemanjaanmu membuat aku rasa damai.
      Sukar ingin ku nyatakan segalanya tentang dirimu...
      Hanya hati dan perasaanku yang merasai kehadiranmu...
      Segalanya bagaikan rahmat yang diberikan dalam hidupku,
      Menyulam ikatan yang tiada kelihatan simpulannya.
Sayang...
Aku tercari-cari erti rasa dalam diri ini...
Aku mencari kebenaran dalam hati ini...
Adakah ianya bermakna aku mengasihimu...?
      Kita tidak pernah berbicara tentangnya,
      Tetapi kita merasai ada kehadirannya,
      Segalanya kita lalui dengan telus,
      Dan aku merasai dirimu amat mengasihiku. 

                                                                                NUKILAN
                                                                MYLOVELY@KASIH HATI
                                                                     12HB FEBRUARI 2011    

Thursday, February 17, 2011

MEMBARA

Tika begini...
Sukar ku nyatakan perasaan ini...
Terasa amat berat bebanan di pikul...
Hilang kekuatan yang ada dalam diri.
      Segalanya ibarat membunuh tanpa sedar,
      Ku sangka...pengertian dan memahami dimiliki,
      Tidak ku sedari pedih menikam...
       Hanya di ikat tapi di salah erti...???
Segalanya dimulai tanpa prasangka...
Tiada sedikit pun rasa curiga...
Hanya menerima selewat tindakan...
Salahkah aku menjaga ikatan tanpa muslihat...???
       Kenapa dalam sedar aku dipersalahkan...???
       Terlalu sukar menerima jika Maruah di injak...
        Mengapa...hanya diri begini...!!!
        Aku tidak minta...???
Aku lalui...hanya itu adalah aku...
Jika aku dinilai hanya kerana aku...
Ketahuilah...didikkan ibunda masih disisi...!!!
Pegangan ILAHI seiring membelenggu diriku.
       Ku tidak sedari kebekuan hati ini...
       Menjadi aku lemah menilai...
       Apa dosaku...???
       Saat ini...hanya hati merintih pilu...
       Puas sudah dibendung cucuran indera...
       Mengiringi sayu merentap ukiran wajahku.

                                                                                
                                                                                    NUKILAN
                                                                      MYLOVELY @ KASIH HATI
                                                                         09HB NOVEMBER 2010

Wednesday, February 16, 2011

MENGAPA HATI..?

Hati...
Mengapa ada ketika kau melawan arus...
Sedangkan kau tahu perlu berkorban,
Mengapa harus ini terjadi..?
      Mengapa hati...???
      Mengapa kau ujudkan jua rasa dalam jiwa ini...?
      Mengapa kau biarkan kesakitan ini...?
      Sedangkan kau tahu sukar untuk jiwa ini menjadi satu.
Wahai hati...!
Aku tahu rasa kasih ini ada dalam hidupku...
Aku tahu ada cemburu jiwa ini...
Aku juga tahu ada rindu dalam dakapanku.
       Bagaimana hati...?
       Aku tahu dia bukan milikku...
       Aku juga tahu kebahagiaan dia bukan denganku...
       Aku akui jua antara kami ada kasih bukan cinta...
Tetapi hati...
Menangis airmata darah pun....dia bukan untukku.
Aku akui aku mencintai dia...
Aku terlalu mengasihi dia...
          Hati...terlalu sukar ku lalui,
          Ada rasa pedih yang menikam...
          Harus bagaimanakah ingin ku lupakan dia...
          Sedangkan semakin hari semakin mekar...
Hati...aku resah melawan badai,
Aku luahkan lahar dengan kebencian,
Aku bakarkan jiwa ini dengan api kemarahan,
Akhirnya aku lemas dan terdampar kerana cintanya.

                                                                                   NUKILAN
                                                                    MYLOVELY @ KASIH HATI
                                                                          16HB FEBRUARI 2011

Tuesday, February 15, 2011

ANTARA KITA

Aku merenung dirimu dalam lena,
Wajah yang tenang penuh kedamaian,
Hilang rasa gundah dihati,
Wujud imbasan ingatan kenangan.
      Antara kita ada ikatan...
      Tetapi masa telah menentukan,
      Antara kita dijarakkan keadaan...
      Namun takdir menemukan kembali.
Ku renungi raut wajahmu,
Aku mencari sesuatu...
Sesuatu yang hilang tetapi ujud,
Aku mencari keserasian antara kita.
      Yang ada hanya kekelaman...
      Kau tetap menyendiri dan membisu,
      Peringatan bahawa aku hampir tewas,
      Namun belum masa menyerah.
Perlu tabah menghadapi pencarian...
Perlu kesabaran dijadikan santapan...
Perlu pengorbanan menanti kelahiran...
Cabaran disambut bersama impian.

                                                                             
                                                                           NUKILAN
                                                            MYLOVELY@ KASIH HATI
                                                                     24HB MAC 2005


Monday, February 14, 2011

CIPTA CINTA BAGAI KERAMAT

Calau cari memang tiada,
Ia datang tidak dirancang,
Panahannya boleh jadi rentung,
Tipu kalau kata tiada perasaan,
Anti...tidak percaya punya.

Calau tanya lelaki,
Ibarat masuk mulut buaya,
Namun tanpa mereka...
Tiada ungkapan 'ONE FOUR THREE',
Ancur jadinya alam ini.

Bahagia sukar dimiliki,
Antara gembira dan airmata,
Gagal sekali tidak untuk selamanya,
Akuilah setiap insan ingin memilikinya,
Itu lumrah kehidupan.

Kerukunan Masjid,
Emak bapak jadi tauladan,
Rahsianya...Adil,sabar dan bertolak ansur.
Agama...kukuhkan kerohanian,
Manusia memang dilahirkan berpasangan,
Alam ini penuh pancaroba,
Terjadi sebaliknya dari lumrah...Jauhilah.

                                                                       NUKILAN
                                                        MYLOVELY @ KASIH HATI
                                                                  05HB JUN 2002

Sunday, February 13, 2011

AKU DAN CINTAMU

Renungan...
Secara lahir sukar menggambar segalanya,
Sendirian aku mencari kedamaian,
Saat ini...hanya kenangan bermain ditabir waktu.
      Dewasa ini...ku mengimbas,
      Pada mulanya...tidak ku kenali,
      Akhirnya...ku akui hadirnya CINTA,
      Saat itu...ku sekadar mengenali.
Kau yang memberi nafas...
Setiap tutur mu penuh erti...
Aku yang sekadar pengembaraan...
Rupanya ada janji tidak disedari.
      Bila kau disisi...
      Hilang segala resah...
      Terasa diri dikasihi...
      Hidup ini penuh seri...
Cintamu membuat aku leka,
Cintamu membuat aku lupa,
Cintamu membuat aku keasyikkan...
Setiap ruang yang ada hanya dirimu.
      Ku jalani kehidupan...
      Tika berjauhan hanya jasad berdiri,
      Jiwaku ada denganmu...
      Menjadi aku nanar mencari...
Perit ku rasai...
Tetapi hakikat terpaksa ditelan...
Antara kita tiada ikatan...
Agama dan adat membataskan.
      Saat ini...
      Terasa siang mencemburui...
      Malam bagaikan terhenti seketika...
      Terlalu gundah dihati...
Haruman kasihmu...
Lenaku dalam sedar...
Mimpiku umpama realiti...
Membuat aku takut kehilanganmu.
      Bila sendirian rasa rindu ini...
      Sukar untuk ku hadapi,
      Hanya bayanganmu dimataku...
      Nafasku terasa terhenti...
Adakah kau rasai apa yang ku rasa...?
Kudapat rasai kehadiranmu...
Bagaikan kau berdiri disisiku...
Walau hanya di dalam kalbu..
      Ku sentiasa merinduimu selalu...
      Gambaran wajahmu berdampingan denganku
      Hanya kenangan terindah bersamamu...
      Menjadi pengubat  segala kerinduanku padamu.

                                                                                      NUKILAN
                                                         MYLOVELY@KASIH HATI
                                                           14HB FEBRUARI 2011