Monday, February 21, 2011

GERIMIS

Bukan niatku membuka cerita...
Hanya melahirkan gerimis dihati,
Mengapa terlalu sukar melupakan Kiasan berduri?
Disebalik ikatan yang sukar ku mencari erti...
       Mata yang melihat bukanlah ceritanya,
       Menilai sekadar menonton perlakuan...
       Sekadar cereka yang tiada kesudahannya,
       Misteri menjadi rahsia tiada nilai.
 Segalanya mudah kerana tautan jiwa,
 Ku korbankan hanya inginkan keceriaan...
 Pelikkah jika senda gurau seirama...?
 Terlalu ganjilkah jika ianya istimewa...?
       Begitu mendalam rasa kasih kerana menyayangi,
       Rasa gundah jika tiada lembaran harianku,
       Terasa sepi tanpa tawa dan senyuman penawar,
       Menjadi resah tanpa bayangan kehadiran yang dinanti.
Jika ditanya mengapa...???
Tiada jawapan dapat ku ungkap...
Yang ku ketahui...menerima...
Kerana satu keikhlasan dan kejujuran nyata dihati.

                                                                           NUKILAN
                                                            MYLOVELY @ KASIH HATI
                                                                20HB FEBRUARI 2011
      
    

No comments:

Post a Comment