Sunday, February 27, 2011

KEMELUT

Bagaimana dapat ku nyatakan perasaanku saat ini?
Hari ini paling sukar ku lalui...
Hingga aku tidak mengerti apa yang terjadi,
Terlalu perit bila hubungan terlalu suram.
      Aku tidak pernah menyimpan perasaan dengki...
      Tetapi adakala terasa tidak adil dalam perjalanan,
      Aku hanya ingin rasa memahami...
      Tetapi rasanya itu tidak ada dalam kembara bersama.
Aku tidak menyangka kerasnya hatimu...
Sedangkan aku sekadar ingin berkongsi rasa dihati,
Hati ini juga tidak boleh menipu apa yang dirasai,
Terasa bersalah atas kemuraman wajahmu...
      Hingga membuat aku terlalu menekan diri....
      Inikah insan yang ku sayangi sepenuh hati?
      Inikah insan yang aku inginkan kesempurnaan untuknya?
      Hingga perkara lain tidak penting bagiku.
Adakah aku yang terlalu taksub keutamaan?
Sedangkan tiada di dalam memorinya untukku,
Sekadar ada biasa,tiada pun tiada erti...
Terasa luluh dijiwa menghadapi kebenaran.
      Rasa yang menekan ini memakan diriku...
      Tidak ku sedari diri tidak mampu menghadapinya,
       Derita ini menjerat diriku...
      Akhirnya aku tumbang tidak sedarkan diri.
Aku tidak tahu berapa lama...
Yang ku tahu terasa sakit menekan...
Membuat aku tidak mampu berdiri teguh,
Hanya semangat ingin meneruskan perjalanan...
       Aku membawa diri mencari kelainan...
       Mengisi ketenangan yang hampir hilang,
       Menyendiri membina kekuatan yang hilang,    
      Tanpa aku sedari ada insan yang menyedari...
Mencari ruang untuk berbicara tetapi tidak memaksa,
Menyedari kerunsingan yang ku alami...
Mendorong dan menyokong tidak berbelah bagi,
Berdiri bersama tanpa dipinta...
       Tetapi ianya hanya seketika...
       Tika bersendirian aku masih berfikir...
       Hanya rindu ini tidak dilunaskan...
       Kerana aku tetap mencari kehadirannya.
                                                                         
                                                                        NUKILAN
                                                          MYLOVELY @ KASIH HATI
                                                           27HB FEBRUARI 2011


No comments:

Post a Comment