Friday, March 25, 2011

MENJAUH

Nada di dada ku tiada seirama,
Harus bagaimanakah ingin ku luahkan?
Kenapa hubungan ini terasa semakin jauh?
Tiada lagikah rasa kasihmu untuk ku?
      Adakah kasihku tiada nilai padamu kini?
      Terasa sakit dijiwa memendam rasa...
      Segalanya dibalut kemesraan yang kepuraan,
      Apakah salah ku yang tidak jelas?
Hingga aku terasa buntu dengan keadaan kita,
Kerinduan ini terlalu mendalam tetapi bergolak,
Hati ini terlalu pedih ku rasakan...
Terguris kerana kasihku tiada berbelah bagi untukmu.
      Renungan ku kini menungan yang panjang,
      Mencari apa yang kurang antara kita,
      Dimana letaknya kini kasih kita,
      Adakah aku bersendirian kini?
Aku tiada jawapan yang merunsingkan jiwaku,
Wajahmu bermain dimataku...
Senyuman ku kini pudar setelah hampir pasti,
Kerinduan menyala kasih di kalbu menyendiri...

                                                               NUKILAN
                                                 MYLOVELY @ KASIH HATI
                                                         25HB MAC 2011

Thursday, March 24, 2011

SUARA HATIKU

Dingin malam ini meresap ke tulang,
 Bersendirian aku berjalan menyusuri kekelaman,
Aku terjaga dari lena yang panjang...
Mencari sesuatu mengisi kebosanan dilalui.
      Saat ini membuat aku berfikir sendirian,
      Adakah kau rasai apa yang ku rasai?
      Ingatkah kau akan diriku ini?
      Seperti mana aku sentiasa mengingati dirimu.
Peredaran masa terlalu lambat ku rasai,
Aku cuba menoleh berharap ada dirimu,
Hanya kegelapan malam menemani ku,
Terasa diri ada kebebasan tetapi jiwaku tidak.
      Aku merasai ini buat pertama kali,
      Aku ingin kau mengetahui apa yang ku lalui...
      Berilah aku peluang membuktikannya...
      Menyentuh hatimu untuk kau lihat keikhlasan ku.
Bukan untuk kali terakhir tetapi untuk selamanya,
Bagaimana untuk ku tunjukkan kebenarannya?
Engkaulah segalanya yang perlu diketahui,
Aku tidak tahu apa ku lakukan tanpa dirimu.
      Apa yang harus ku percayai...
      Merindu kemesraan disampingmu,
      Tiada kata yang dapat ku luahkan saat ini,
      Hanya perlu kau katakan rasa dalam dirimu.
Renungan ku semakin menjauh...
Tiada apa yang dapat ku lakukan,
Kemana  ingin ku pergi...
Hanya ku dengar suara hatiku.

                                                   NUKILAN
                                              MYLOVELY @ KASIH HATI
                                                      23HB MAC 2011

     


Tuesday, March 22, 2011

KEGUSARAN

Kehidupan...
Adakala aku terasa bahagia,
Adakala terasa tidak bermakna,
Segalanya terikat dalam satu agenda...
      Terlalu sarat memikirkan kesudahannya,
      Tanpa aku sedar menggores sendiri luka di dada,
      Terlalu perit untuk memuaskan hati insan...
      Sedangkan hati sendiri tiada siapa yang tahu...
Aku cuba memaksa menerima sesuatu yang sukar,
Tetapi jiwaku telah ada pemilik yang ingin dilupakan,
Terlalu lama memendam kesakitan tetapi tidak hilang,
Bagaimana harus dilakukan tetap tertanam di lubuk hati.
      Aku mencari penawar mengubati lara kedukaan...
      Hati yang menangis pilu menikam kalbu,
      Tiada siapa tahu kepedihan ini tersimpan lahar,
      Adakala meletus menyala menyimbah gurisan.
Aku cuba bangkit dari rasa yang melemahkan...
Berkali-kali tersungkur namun tidak rebah,
Masih ada ranting memaut membina kekuatan diri,
Tunggak ketabahan dan kesabaran yang hampir luput.
      Tika benci bermukim di persada aku lupa segalanya,
      Kemarahan yang tampak hanya ada kesuraman wajah,
      Tirai mentari melenyapkan sebentar kegusaran,
      Hanya utusan kasih ini masih tiada noktahnya.

                                                                                  NUKILAN
                                                                    MYLOVELY @ KASIH HATI
                                                                          22HB MAC 2011
     
      

Monday, March 21, 2011

TERSILAP LANGKAH

Perasaan...
Tika aku ingin bersendirian merenung,
Mesti kehadiran dia tetap mengisi masa ku,
Walaupun boleh menghindar tetapi tetap bersambut.
      Setiap apa yang ku lakukan tetap dalam perhatiannya,
      Sukar untuk ku berbohong dan mengelak kebenaran,
      Dia tetap dapat menangkap segala tingkah ku,
      Lambat-laun terbongkar akhirnya.
Bila ku ingatkan semula...
Selalu terukir senyuman diwajahku,
Terasa terusik dihati kelihatan senda,
Insan yang tersilap langkah...
      Sepandai-pandai tupai akhirnya ke tanah jua...
      Terasa berbirat dan serba salah bersemuka dengannya,
      Dalam kelembutan aku ditegur kesilapan tidak disedari,
      Berbekas dihati dan terasa tersangat malu.
Telah ku pohon kemaafan darinya,
Tetapi ku tahu ada rasa tidak puas hati dengan ku,
Aku juga telah berjanji tidak lakukan kesilapan ini,
Tetap tiada jawapan darinya...
       Membuat aku terasa bersalah sangat,
       Hingga aku tidak berani lagi untuk membohongi dia,
       Perasaan ku kini tertekan dengan perbuatan sendiri,
       Aku sedar bila kepercayaan dalam diri hilang.
Segala yang dibuat kini terasa tidak ada yang kena,
Takut akan kehilangan kepercayaan dia terhadap ku,
Membuat hati ini benar-benar resah dan gundah,
Tidak akan ku ulangi perbuatan ini selamanya...maafkan ku!

                                                                              NUKILAN
                                                                MYLOVELY @ KASIH HATI
                                                                        20HB MAC 2011
     

Sunday, March 20, 2011

KEKAL

Ingin ku tunjukkan...
Ingin ku luahkan...
Rasa cinta yang telah ku temui,
Seluruh alam berbisik memujuk ku.
      Berani menyatakan rahsia hati tersembunyi,
      Tiada dapat ku lakukan...
      Hanya dapat berbicara di dalam hati memendam,
      Tetapi mengapa ini berlaku tidak ku ketahui...
Tika kehadiran berada disisi terasa indah...
Mungkin tidak dapat ku jumpa rasa kasih begini,
Perasaan ini tetap kekal bersemi di sudut hati,
Jika tidak menjadi kesalahan biarkan hanya begini.
      Bukan untuk menidakkan perasaan ini,
      Hanya takut dinyatakan akan hilang dimata,
      Memadai senyumannya menghiasi dihatiku,
      Segala tingkahnya menjadi memori abadi untukku.
Dapat melihat senyuman diwajahnya....
Sudah membuat aku lebih bahagia,
Memang terasa sedikit kurang siuman...
Hanya aku mengambil peluang membahagiakannya.
       Dimana sahaja dia berada?
       Apa yang dia lakukan?
       Aku tetap ada untuk memberi dorongan...
       Kerana cinta tidak semestinya memiliki.
Cinta adalah membahagiakan yang dicintai,
Cinta adalah pengorbanan walaupun tidak dimiliki,
Jika suara hati sampai kepadanya...
Perasaan ini tetap kekal selamanya untuknya.

                                                                    NUKILAN
                                                      MYLOVELY @ KASIH HATI
                                                             19HB MAC 2011
         

Saturday, March 19, 2011

GURINDAM JIWA

Menjarak rutin membina tembok,
Halangan goyah tiang serinya runtuh,
Bagaimana ingin ku nyatakan hati yang remuk?
Semakin payah kasihku semakin utuh?
      Ku tanam pinang rapat-rapat,
      Tumbuh menghijau si daun sirih,
      Adakah ini yang telah ku dapat?
      Rasa kasih yang kian tersisih.
Bertiup bayu beronak lembayung,
Bergoyang kuat si pohon pauh,
Sudah puas ku mencari tempat berpayung,
Yang ku kasihi kian menjauh.
      Terbang tinggi burung sekawan,
      Terbang rendah mencari makanan,
      Salahkah diri senang berkawan?
      Kerana kisah menjadi larangan.
Kelip-kelip terbang melata,
Gelap malam terasa terang,
Mengapa manusia suka mengata?
Masih bersuluh kebenaran jelas terang.
      Buang rasa buang keresahan,
      Kerana kasih ku turutkan,
      Jika ini telah menjadi kesudahan,
      Percaya ada jodoh tetap disatukan.
                                                
                                                               NUKILAN
                                                 MYLOVELY @ KASIH HATI
                                                        19HB MAC 2011

     
        

Friday, March 18, 2011

KEHANGATAN
Ingin ku khabarkan segalanya...
Hati yang terasa indah penuh kedamaian,
Harus bagaimana ingin ku nyatakan...
Keriangan tidak terungkap dengan madah.
      Aku telah lepaskan dia dari sanubari...
      Aku telah menerima takdir dengan redha,
      Masih berbekas rasa gundah dihati...
      Masih berdarah sembilu menusuk luka jiwa.
Kebisuan ku menjadi rasa padanya,
Hembusan angin menyapa kalbu,
Menghilir arus deras tiada tentangan,
Menyala kemarahan menyirami rajuk.
      Aku menyusuri dilema luahan hati...
      Masihkah bersisa kasihku untuknya?
      Hingga aku masih menerima sapaan kemesraan,
      Mengukir senyuman keramahan terpujuk.
Adakah dia telah kenali menyelami rohaniku?
Sukar untuk ku membeku menjauhi dirinya,
Usia sapaan tiada jemu melenturkan kekecewaanku,
Kesakitan hempasan bagaikan ditiup lembayung.
      Bayu yang hadir sejernih air dipergunungan...
      Tembok dendam beraja tiada tahta...
      Renungan panjang menyulam mimpi..
      Kehadiran dirasai mengindahkan lena.
Mengapa aku masih mengikat diri?
Merawat derita tetapi membakar diri,
Tidak gentar bermain gelombang dilautan...
Adakah kehangatan danur kasih merentangi Sengsara?

                                                                        NUKILAN
                                                         MYLOVELY @ KASIH HATI
                                                                   18HB MAC 2011


     
      

Thursday, March 17, 2011

KELUHAN LUKA

Keluhan yang dihambarkan...
Terlalu panjang tika ingatan berada dihati,
Sukar untuk ku lepaskan keresahan ini,
Sedang membakar diri di lembah.
      Tuhan lebih mengetahui betapa berat ku pikul,
      Perasaan yang tidak mungkin ku nyatakan,
      Kebenaran yang terpaksa ku telan,
      Kekecewaan yang tidak pernah membahagiakan.
Hati yang merasai ikatan tanpa simpulan,
Menyulam mimpi tanpa lena yang panjang,
Berbunga mekar tanpa tangkainya,
Mengasihi tetapi ada luka yang dalam.
      Hati ini sukar menerima kehadiran...
      Telah menyusun pelangi berwarna...
      Hanya merah yang mengalir deras,
      Hanya kekelaman yang dilalui kesudahannya.
Ku kutip ketabahan yang menghempas,
Ku mencari kekuatan yang terbang di awan,
Ku sirami Kesabaran dalam kebencian membara,
Ku genggam kehidupan dalam kemarahan menyala.
      Terlalu menyakitkan kebenaran dimata,
      Aku tampak teguh tetapi tidak kukuh,
      Nampak tenang namun tidak damai,
      Hati yang menangis tiada airmata.
Menjenguk khabar tiada berita,
Memberi salam tiada balasan,
Tersenyum tetapi serinya tiada,
Ada melodi iramanya hanya milikku.
      Harus bagaimanakah?
      Kebuntuan ini terlalu menekan dada,
      Denyutannya terlihat lahar yang mengalir,
      Hati memiliki tetapi dimana pemiliknya?

                                                                  NUKILAN
                                                    MYLOVELY @ KASIH HATI
                                                           17HB MAC 2011

     

PILU

Ketenangan hati yang sukar digambarkan,
Berada dalam keadaan diri menerima kebenaran,
Walau terasa kesakitannya cuba dilalui,
Namun gagal mengawal gelora melanda.
      Mendengar kebenaran yang terlalu melukakan...
      Mengapa masih ada cemburu yang bernanah di dada?
      Hakikat yang sepatutnya aku terima seadanya,
      Ungkapan darinya yang membakar jiwaku.
Tiada lagi senyumannya dihatiku kini...
Segalanya perlu ku lupakan selamanya,
Mungkin terlalu pedih untuk ku lalui,
Masa juga perlu ku korbankan untuk memulihkan.
      Perit terasa kerana terluka jua akhirnya,
      Mengapa bahagia terlalu jauh dariku?
      Aku tidak pinta jika untuk terluka begini,
      Mengapa dia masih berwajah dimataku?
Sedarlah wahai hati...
Bukan dirimu yang bertahta dihatinya,
Mengharapkan sesuatu bukan milikmu,
Menoreh dalam luka yang telah berdarah.
      Sanubari yang terlalu sepi...
      Ingin menghilangkan kehadiran yang masih ada...
      Mampukah aku untuk menghadapinya?
      Hati menangis pilu memakan diri.

                                                             NUKILAN
                                                         MYLOVELY @ KASIH HATI
                                                                16HB MAC 2011
     

Wednesday, March 16, 2011

PERSIMPANGAN

Saat aku ingin melupakan segalanya...
Mengapa kau hadir dikala mencari pertimbangan?
Tatkala keputusan telah hampir berada di persada,
Memujuk kala rajuk menjadi terlalu sepi.
      Seolah-olah kau dapat membaca isihatiku,
      Adakah kerana rasa antara kita mengikatnya?
      Kesunyian antara kita menjadi gundah resah,
      Walau menafikan aku merasai ada kekurangan.
Adakala aku merasai aku terlalu memikirkan,
Curiga ini menyebabkan ada rasa cemburu dihati,
Kebisuan ku menjadi diri menderita sendirian...
Detik kerinduan bermukim segalanya kosong dijiwa.
      Rasa marah hilang berterbangan...
      Tidak tahu mengapa perasaan ku ini begini?
      Kesukaran menjadi benteng memisahkan,
      Bingung dan keliru ku berada dipersimpangan.
Tidak teguhkah pendirian ku?
Adakah rasa kasih ini ku korbankan egoku?
Apabila marah membara dendam bermaharajalela...
Tetapi mengapa kehadiranmu bara tidak menyala?
      Hati ini pilu bagaikan dipermainkan...
      Kebekuan ini membuntukan keadaan hidupku...
      Adakah tidak akan hilang selamanya?
      Mengapa aku ditakdirkan begini...mengapa...?

                                                               NUKILAN
                                                               MYLOVELY @ KASIH HATI
                                                                        15HB MAC 2011



Tuesday, March 15, 2011

KERINDUAN

Hari ini waktu ku sendirian...
Hanya renungan dikejauhan yang hadir,
Menghiasi kesepian diri...
Semakin tertanya-tanya terasa gelisah...
      Kemeriahan ada tetapi mengapa terasa sunyi?
      Jasad berdiri mengapa terasa di awangan?
      Hari yang dilalui terasa hambar...
      Bagaikan keserian hidupku hilang...
Tanpa ku sedari menungan ku berpanjangan,
Yang hadir seraut wajah ku rindui,
Terbayang senyuman mekar dihatiku,
Tiada dapat ku ungkapkan dengan kata-kata...
      Keresahan ini terlalu menikam...
      Detik yang ku lalui membisu...
      Namamu yang membibit seruan di jiwaku,
      Semakin membara kerinduan ini untukmu.
Kehadiranmu yang ku dambakan saat ini,
Terasa terhenti denyutan sanubari...
Sebak dihati lalu ku pejamkan mata,
Mengundang suasana bahagia dalam mimpi.
      Ku abadikan jiwa insan...
      Melafazkan janji dalam puisi ini,
      Bukan lagi permainan kesepian...
      Ingin ku sentosakan kerinduan ini penuh erti.
Tidak terbatas ingatan ku kepadamu...
Siapalah diri ini tanpamu...
Kau abadikan kekuatan dimana jua ku berada,
Tiada keraguan kerana diri ini telah ku kenali.

                                                                  NUKILAN
                                                  MYLOVELY @ KASIH HATI
                                                            14HB MAC 2011

      


Monday, March 14, 2011

MAAFKAN KU
Mengapa ku lakukan ini...?
Gurauan yang terlalu kejam,
Bagaimanakah aku berfikir?
Tanpa mempedulikan perasaan mu...
      Terasa terlalu bersalah dalam diri...
      Kebisuanmu membuat aku merasa berdosa...
      Tiada niat dihati tidak menghargai pemberianmu...
      Aku amat menghargainya dan terlalu bersyukur...
Ada insan yang mengingatinya...
Tetapi kenapa aku terlalu nakal ingin mengujimu,
Tanpa ku sedari...
Hatimu terluka dengan tindakan ku.
      Tidak pernah utusan ku dibiar sepi begini...
      Tidak pernah kau biarkan aku sendirian...
      Tidak pernah aku lalui tanpa khabar mu...
      Terlalu dalam ku menikam hatimu.
Mengapakah aku tidak berfikir dahulu?
Mengapakah ku lakukan ini?
Sedangkan ku tahu kau berusaha...
Memberi sesuatu sebagai tanda ingatan untukku.
      Aku tahu kau bukan seperti insan lain...
      Aku amat memahami itu tetapi tindakan ku kejam...
      Ku pohon kemaafan darimu...
      Dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Aku sedar kesilapanku...
Aku sedar akan keterlanjuran perbuatanku...
Jika masih ada sisa kasihmu untukku...
Ku harap kau maafkan ku atas kesilapan ini.

                                                             NUKILAN
                                                         MYLOVELY @ KASIH HATI
                                                               14HB MAC 2011
     
     


      

Sunday, March 13, 2011

SENDIRIAN

Semalam...suasana yang hambar,
Kesepian yang terlalu mencengkam dada,
Bagaimana harus ku lalui...?
Rasa yang cukup membosankan...
      Terlalu berat untuk berkata-kata,
      Perasaan ini terlalu merimaskan minda,
      Lebih senang bersendirian memandang...
      Tetapi fikiran melayan entah dimana.
Banyak yang ku fikirkan...
Aku mencari kekurangan diri,
Dimana silapku dalam kehidupan ini?
Bagaimanakah diri ini dinilai oleh insan lain?
      Banyak persoalan bermain di benak ini...
      Terlalu mudahkah aku melukai insan lain?
      Adakah semuanya disengajakan atau sebaliknya?
      Mengapa jiwa ini tidak terasa tenteram?
Sejak akhir-akhir ini...
Aku terasa ada yang terbuku di dalam kalbu,
Segalanya serba tidak kena...
Berulang-ulang bagaikan tayangan...
      Dikala ini aku terlalu mudah menitiskan airmata,
      Aku sendiri tidak mengerti...
      Terlalu lemahkah aku menghadapi dugaan hidup,
      Tetapi ada insan terlalu yakin aku dapat melaluinya.
Aku cuba bangkit membina kekuatan diri,
Tetapi mengapa tiada ketabahan dalam diri ini?
Selalu ku biarkan diri ini hanyut dengan perasaan...
Masih adakah peluang untuk ku bangkit berjuang?

                                                                      NUKILAN
                                                      MYLOVELY @ KASIH HATI
                                                                13HB MAC 2011


     

Saturday, March 12, 2011

TERSENTUH

Hujan yang menghiasi alam...
Titisan yang membasahi bumi,
Menyirami penuh rahmat dan kesyukuran,
Suasana alam yang suram dan sejuk.
      Kebekuan ini meresap ke urat saraf,
      Terasa menggigil berpeluk tubuh kehangatan,
      Namun mengapa seraut wajah kesayangan...
      Diam membisu seribu bahasa...
Mengapa mendung mengundang dikala ini?
Ingin mendampingimu tetapi terasa menjauh,
Ingin beriringan menyingkap duka dihatimu,
Tidak tergapai tanpa izinmu.
      Adakah aku yang menjadi penyebabnya?
      Dimana silapnya tingkahku kesepian berpanjangan?
      Membuat aku berfikir dimana silapnya,
      Keserian senyumanmu terbang bersama kebisuanmu.
Jika setiap detik aku merindu...
Tidak termampu ku hadapi hari ini,
Kesunyian tingkahmu sukar untukku memujuk hati,
Segalanya hilang bagaikan taufan melanda.
      Ku biarkan dirimu melayani duka...
      Namun ada luka dihatiku tidak mampu diluahkan,
      Kerana aku ingin sentiasa bersamamu,
      Berikanlah ruang aku membalut luka dukamu.

                                                                       NUKILAN
                                                         MYLOVELY @ KASIH HATI
                                                               11HB MAC 2011

                                                                                         

Friday, March 11, 2011

BUKAN PINTAKU

Ku pejamkan mata bayangannya hadir,
Helaan nafasku berdetik bernyawa,
Bagaimana ingin ku gambarkan kehadirannya?
Walaupun tanpanya disisi tetap ada menemani.
      Setiap perjalanan hidupku menanti kemunculan,
      Tidak sempurna perjalanan jika serinya menghilang,
      Terlalu sukar untuk menghadapi kebenaran ini,
      Suara hati merintih pilu kerana bukan tempatnya.
Tidak ku pinta perasaan ini hadir...
Mengapa cemburu bermukim tika tidak diendahkan?
Sedangkan aku cuba melupakan melodi jiwa ini.
Tidak mampu menafikan kerana terasa terluka.
      Aku ingin dimiliki dan memiliki...
      Tetapi mengapa dia yang bertahta disanubari?
      Kerana mustahil untuk berdampingan bersama,
      Amat pedih terima kenyataan ini.
Ku selami segalanya sendirian...
Segala tentangnya terlalu indah di kalbu,
Dia memiliki segalanya yang ku ingini,
Dia sempurna dalam diriku.
      Anugerah ini terlalu indah,
      Suara hati ini telah berkata,
      Saat ini hanya ada dirinya dijiwa,
      Bersalahkah aku jika bisikkan ini masih ada?

                                                                     NUKILAN
                                                      MYLOVELY @ KASIH HATI
                                                               10HB MAC 2011
      

Thursday, March 10, 2011

MEMENDAM

Jiwa ini terlalu tertekan...
Setiap yang dilakukan terasa tidak sempurna,
Cuba menyendiri mengenali diri,
Segalanya terasa terlalu menyakitkan.
      Aku bagaikan hilang arah,
      Adakah kerana ada yang terpendam di jiwa ini?
      Kesakitan ini tidak dapat ku lempiaskan...
      Kerana ia mustahil untuk aku memilikinya.
Kehadiran membuat aku terlalu cemburu,
Sentiasa rasa curiga aku menyakiti diri,
Jauh sekali diri menjadi tenang...
Lantaran rasa tidak berpuas hati.
      Aku cuba tidak mempedulikan,
      Tetapi mengapa masih memikirkan?
      Kerana terlalu mendesak fikiran...
      Aku tidak mampu berdiri teguh.
Aku ingin melupakan tentang perasaan ini...
Semakin ku cuba membelah luka dihati,
Tidak pinta perasaan ini berada bukan tempatnya,
Mengapa ia semakin mendalam bertahta?
      Sudah puas ku cuba menghilangkannya...
      Bermacam dugaan telah ku hadapi ku lalui,
      Sedangkan aku bersendirian memendam...
      Kenapa tiada benci bermukim disanubari?
Mengapa aku diberi rasa kalbu sebaliknya?
Semakin ku cuba fikirkannya meruntun hati...
Aku tidak mampu memiliki kekuatan rasa...
Mengundang rebah sebak didada.

                                                                                NUKILAN
                                                                  MYLOVELY @ KASIH HATI
                                                                         09HB MAC 2011

Wednesday, March 9, 2011

PERSOALAN

Benarkah apa yang ada dalam hati ini?
Mengapa resah ini mengundang kemarahan?
Mengapa terasa ada rajuk yang berpanjangan?
Mengapa terasa ada yang tidak kena?
        Adakah rasa sayang ini sukar untuk ku gapai?
        Kenapa sukar untuk ku terima kenyataan ini?
        Mengapa dalam diam ada rasa cemburu hadir?
        Tidakkah aku akan menyakiti diri sendiri?
Mengapa sukar untuk ku lupakan tentang dia?
Mengapa semakin mencuba terasa dekat?
Mengapa tiada rasa benci mengundang?
Mengapa rasa rindu hadir tanpa dia disisiku?
        Bila ada dia aku rasa bahagia...
        Setiap perlakuannya terlalu indah dimataku...
        Senyumannya adalah pengubat rinduku...
        Kemesraannya membuat aku terlalu ceria...
Ingin ku tatapi dirinya tanpa rasa jemu...
Hilang seketika terasa terlalu lama...
Ku korbankan segalanya untuk dia...
Inginkan yang terbaik dalam hidupnya...
        Adakah ini dinamakan CINTA?
        Walaupun dia tidak sempurna aku ingin memiliki...
        Adakah aku buta kerana kasih dihati ini?
        Jika benar,biarlah dia menjadi milikku yang abadi...

                                                                                  NUKILAN
                                                                    MYLOVELY @ KASIH HATI
                                                                           08HB MAC 2011