Thursday, March 3, 2011

KESYUKURAN ISTIMEWA

Hari yang istimewa bagi diriku,
Terasa bagaikan mati hidup semula,
Aku tidak tahu untuk gambarkan perasaanku kini...
Semalam masa duka yang terlalu perit ku lalui...
      Jangkaan hayat yang berjaya ku tempuhi...
      Rupanya dalam diri ada kekuatan semangat,
      Hampir dua penggal keyakinan yang semakin pudar...
      Keperitannya hanya ALLAH S.W.T yang tahu.
Berita yang melumpuhkan segala impian...
Membuat aku terpaku dan tergamam...
Luluh terasa jiwa terbang entah dimana...
Takdir membuat aku masih teguh berdiri.
      Aku bersyukur kerana masih diberi peluang...
      Menyambut ulangtahun aku dilahirkan oleh ibu...
      Hari ini membuat aku terasa dilahirkan semula,
      Setelah apa yang ku lalui semalam.
Hari ini semangatku semakin kental untuk berjuang...
Aku ingin berusaha melawan kesakitan ini...
Rasa hiba ingin ku hakis agar ada ketabahan melaluinya,
Walau bersendirian aku ingin tampak teguh.
      Doaku ada kegemilangan untuk hari esok,
      Agar senyuman ini tidak akan pudar lagi,
      Menjadi pengubat diri tidak akan rebah...
      Memenuhi cita-cita yang terpendam.

                                                                          NUKILAN
                                                           MYLOVELY @ KASIH HATI
                                                                   03HB MAC 2011

     

1 comment:

  1. HADIAH UNTUK DIRIKU YANG ADA KAITAN DENGAN 3 MAC...USIA 33 TAHUN PADA TAHUN INI...PUISI YANG KE-33 KU MASUKKAN KE BLOG INI...TERLALU INDAH KU RASAKAN...

    ReplyDelete