Thursday, March 10, 2011

MEMENDAM

Jiwa ini terlalu tertekan...
Setiap yang dilakukan terasa tidak sempurna,
Cuba menyendiri mengenali diri,
Segalanya terasa terlalu menyakitkan.
      Aku bagaikan hilang arah,
      Adakah kerana ada yang terpendam di jiwa ini?
      Kesakitan ini tidak dapat ku lempiaskan...
      Kerana ia mustahil untuk aku memilikinya.
Kehadiran membuat aku terlalu cemburu,
Sentiasa rasa curiga aku menyakiti diri,
Jauh sekali diri menjadi tenang...
Lantaran rasa tidak berpuas hati.
      Aku cuba tidak mempedulikan,
      Tetapi mengapa masih memikirkan?
      Kerana terlalu mendesak fikiran...
      Aku tidak mampu berdiri teguh.
Aku ingin melupakan tentang perasaan ini...
Semakin ku cuba membelah luka dihati,
Tidak pinta perasaan ini berada bukan tempatnya,
Mengapa ia semakin mendalam bertahta?
      Sudah puas ku cuba menghilangkannya...
      Bermacam dugaan telah ku hadapi ku lalui,
      Sedangkan aku bersendirian memendam...
      Kenapa tiada benci bermukim disanubari?
Mengapa aku diberi rasa kalbu sebaliknya?
Semakin ku cuba fikirkannya meruntun hati...
Aku tidak mampu memiliki kekuatan rasa...
Mengundang rebah sebak didada.

                                                                                NUKILAN
                                                                  MYLOVELY @ KASIH HATI
                                                                         09HB MAC 2011

1 comment:

  1. Mengapa anugerah ini terlalu sukar untuk ku lalui? Kenapa aku dianugerahkan tetapi jauh dari landasan?Terlalu menyakitkan kerana rasa ini tidak dapat ku buang...mengapa?

    ReplyDelete