Friday, March 4, 2011

SATU DIHATIKU

Sebaris senyuman diwajahku mencarik seloka,
Sendamu menjadi rajuk pada hatimu,
Aku biarkan kau bermain dengan perasaanmu,
Rupanya ada cemburu yang mengundang.
       Dirimu bertukar rentak bila ada kehadiran disisiku,
       Keceriaan wajahmu bertukar mendung...
       Kenakalanmu terhenti tanpa disedari,
       Menjadi sepi diam seribu bahasa.
Hanya kau tidak dapat sembunyikan...
Apa yang ada dihatimu rasa kasih padaku,
Betapa panas lahar dihatimu...
Kau tidak pernah lari dan abaikan diriku.
       Ini dibuktikan dengan sentuhan kasihmu,
       Membuat diri ini kalah pada rajukmu...
       Dalam diam memujuk menghakis cemburumu,
       Bagaikan yang ku fahami...
Api kemarahanmu tidak berbara...
Lautan cemburumu tidak bergelora...
Gempa rajukmu tiada bencana...
Kerana kau yang satu dihatiku.

                                                                   NUKILAN
                                                     MYLOVELY @ KASIH HATI
                                                            04HB MAC 2011
      

No comments:

Post a Comment