Wednesday, May 4, 2011

KASIH SAHABAT

Suatu ketika aku terlalu menyayangi sahabatku ini,segalanya ku korbankan untuknya...hingga dia menjadi keutamaan ku walaupun masa ku yang terhad tetap dia ku dahului.Aku tidak mahu ada sedikit pun kekurangan dalam dirinya...segalanya inginkan yang terbaik untuknya.Awal perkenalan dia hanya ku anggap sekadar kawan biasa yang tiada apa yang menarik perhatian ku untuk berkongsi kisah bersama...
            Bermula episodnya antara kami hanya sekadar gurauan yang menarik kami untuk mengenali hati budi masing-masing dengan lebih dekat...keikhlasan hatinya didahului dengan perbuatan menunjukkan apa yang terkandung dalam dirinya.Dia pernah menceriakan hidupku hinggakan tiada cacat celanya segala yang ada dalam hidup dan diri ku dalam perhatiannya.Jarak usia antara kami tidak membataskan jika antara kami melakukan kesalahan atau sebaliknya.
            Hari-hariku terisi dengan ungkapan utusan yang tidak putus-putus darinya hingga kekosongan  dalam diriku terisi dengan kehadirannya.Benar...kawan memang mudah dicari tetapi sahabat sukar untuk didapati,mulanya sukar untukku meletakkan dia satu tempat dihatiku tetapi dia telah berjaya merungkai dilema semakin hari aku dapat menerimanya seadanya dan selayaknya dia dalam hidupku.
            Semakin hari hubungan kami semakin erat tetapi segalanya berjalan tanpa sesiapa pun menyedari kerana itu adalah kehendak ku kerana aku tidak mahu lagi orang memandang serong pada kami seperti sebelum ini antara ku dan sahabat baik ku yang seusia...zaman ini kalau terlampau rapat mudah sangat ingin menunding jari juga ada syak wasangka.Aku bersyukur kerana dia terlalu memahami ku...
            Tanpa disedari antara kami saling menyayangi...tanpa apa pertalian kami terikat tanpa simpulan,hubungan persahabatan ini akhirnya terikat kerana ada kasih sayang yang tidak diungkapkan dengan kata-kata tetapi saling merasai.Setiap kekurangan kami akan saling melengkapi untuk kelihatan sempurna walaupun tahu hakikat kehidupan tiada yang sempurna selain ALLAH S.W.T tetapi kami jadikan hubungan ini adalah yang terbaik antara yang terbaik.
            Pelbagai dugaan kami lalui hinggakan ada yang tidak senang dengan hubungan erat ini,bermulanya pelbagai cerita silam tentang dia sampai ke telinga ku...Dengan ikhlas aku tidak memandang cerita silamnya kerana bagiku aku juga memiliki cerita silam yang tersendiri.Apa yang telah terjadi dan berlaku biarkanlah berlalu tetapi ianya boleh dijadikan sempadan dan pengajaran samada baik ataupun buruk...biarlah akal yang menilai untuk memperbaiki diri.Bagiku tunggak kehidupan adalah agama,kami sentiasa saling mengingati  antara kami supaya setiap keburukkan dapat diperbaiki juga membataskan perlakuan yang dilarang mahupun terlarang.Disitulah aku inginkan kebaikan dan kesempurnaan bagiku juga dia sahabatku.
            Ku harap panas sampai ke petang...rupanya terkandas ditengah jalan,Insan yang ku anggap sahabat mula berubah perlakuan.Sedikit demi sedikit dia merubah kebiasaan kami yang setahuan dia yang mulakan...aku hanya menurut kehendak juga perlakuannya.Bukan aku ingin menghalang juga membataskan kehidupan...tetapi kenapa aku yang dipinggirkan?Pada awalnya wujud kemarahan dalam diri padanya,hakikatnya dia sedar akan kesilapannya tetapi tetap perkara sama berulang hingga aku mencari diri,ketenangan juga kedamaian sendirian.kadangkala keluar jauh dari tempat tinggal...kerana aku tidak ingin melukakan hatinya dengan kemarahan yang tidak terbendung.
            Akhirnya aku cuba menerima perubahan yang dia lakukan supaya hubungan ini tetap kekal.Ku anggap perkara ini terlalu kecil untukku perbesarkan kerana dia masih ada di depan mataku.Rupanya masalah antara kami tidak terhenti setakat ini...Sikap berdiam diriku memakan diri!Hari-hariku tiada lagi ada dia mengisi perjalanan hinggakan bersua muka pun tiada lagi gurauan mahupun bicara antara kami bagaikan aku ini terlalu asing dalam dirinya.Perasaan yang bagaimanakah ingin ku lampirkan diwajah kerana rasa  terlalu kecewa dengan sikapnya?Aku masih tetap salahkan diri mungkin ada kesilapan yang telah ku lakukan tanpa disedariku...puas aku mencari jawapan pada persoalan  ini,setiap pertanyaan tentang masalah ini padanya tetap ada jawapan tetapi bukan itu yang berlaku.Harus bagaimanakah aku menampilkan diri sedangkan perasaanku benar-benar tidak stabil walaupun tampil biasa tetap ada keruh diwajahku.
            Keceriaanku kini hanya bohongan yang tidak mampu ku hadapi kerana hatiku menangis.Masih ada kasih untuk sahabatku walaupun tampak mula pudar masih bernyawa.Aku cuba bangkit dari kelukaan ini walaupun goyah tetapi aku perlu kuat kerana tiada gunanya ada api kemarahan tetap tidak dapat kembalikan dia dalam hidup ku kini...Kejamkah aku kerana tidak lagi mahu berkata-kata dengannya?Hanya aku mampu mendiamkan diri juga tidak lagi mahu memandang wajahnya kerana terlalu terluka yang aku tidak tahu dimana punca kesilapanku.Aku terlalu sakit untuk hadapi ini kerana ada kerinduan padanya tidak terbendung tetapi aku tidak mampu lagi teguh berdiri melukakan sendiri jiwaku....bersalahkah aku kerana cuba ingin melupakan dia sahabat yang ku kasihi?
            Sejujurnya aku ingin lupakan dia tetapi tetap berharap masih ada dia dalam hidupku... Melampaukah aku inginkan sesuatu yang tidak akan ada lagi untukku?kemesraan hubungan ini hanya bertahan 6 bulan sahaja sudah sebulan dia tiada lagi mengisi hari-hariku...Aku mengubat hati ini dengan lari dari kenyataan hidupku,aku hidup dalam kepura-puraan.Maafkan aku kerana aku tidak sempurna kerana keyakinan ku hampir luput dari kejujuranku.
            Kesilapanku adalah kerana terlalu mudah menerima dan memberi...hanya aku tidak mahu menipu diri dengan menjadi orang lain kerana itu adalah aku jika aku dinilai adalah aku...tiada yang dapat merubah aku kerana aku tetap adalah aku!Dari jauh ku doakan dia sahabatku itu berbahagia selalu dimana sahaja dia berada kerana kini hanya ini sahaja yang mampu ku lakukan untuknya.Andai ada sedikit ingatan dirimu padaku yang jauh dalam hidupmu kini,tiada yang dapat mengubah perjalanan antara kita kerana aku kini telah cuba menerima kemahuan juga melaksanakan kehendakmu yang hingga saat ini aku masih tidak mampu menerima apa yang terjadi antara kita. Hanya aku tidak mahu lagi rasa yang menyakitkan ini membataskan kehidupanku yang baru ingin berdiri semula.
            Tipu jika aku tidak merasa kecewa dengan keadaan kita tetapi aku redha akan ketentuan ini.Kalau inilah takdir hubungan persahabatan ini berakhir begini,juga setakat ini...tiada apa yang dapat lagi aku lakukan kerana aku sendirian yang ingin memulihkan tidak pada dirimu...Terima kasih kerana pernah menjadikan aku istimewa dalam hidupmu walaupun seketika.Maafkan jika dirimu pernah merasa terluka denganku.Jika ada kesilapan yang ku lakukan tidak disedari atau sebaliknya...ku pohon kemaafan dari hujung rambutmu hingga hujung kakimu kerana aku insan yang tidak sempurna.


BADAI
Yang nyata kebenarannya tidak bersuluh lagi,
Kegelapan yang kelam sudah bercahaya,
Kesukaran tersimpul telah dirungkaikan,
Terlalu berat untuk diterima apakan daya.
       Sisa yang tinggal menjadi memori,
       Menjerit batinku tidak terluah...
       Serasa membunuh tanpa sedar,
       Jiwa yang luka kian berdarah.
Perit menikam tidak pudar...
Gelombang memuncak menghempas gelora,
Sederas arus tetap menghilir...
Lemas memaut parah meretak.
      Lemah menilai menghina diri,
      Ketenangan hadir tidak mendamaikan,
      Apa yang dicari mengundang resah,
      Semakin lari semakin mendekati diri.
Mengapa membina harapan sedangkan tahu kehampaan?
Mengapa menyulam impian kalau menjadi kesalahan?
Mengapa ada kasih jika akan dibenci?
Mengapa badai ini anugerah mu untuk ku?

                                                                        NUKILAN
                                                          MYLOVELY @ KASIH HATI
                                                                05HB MEI 2011
     
     
  

               
            

1 comment:

  1. Hati yang memendam rasa...sukar dihadapi tetapi aku redha akan takdir ni

    ReplyDelete