Wednesday, May 11, 2011

TERINGAT DULU-DULU

Ashtma...kalau dilihat memang macam satu nama yang tiada apa-apa boleh membimbangkan.Ramai yang tidak tahu tentangnya tapi kalau dengan perkataan lain mungkin ramai yang faham dan tahu apakah dia?Hanya dengan satu kesilapan yang tidak disengajakan olehku sendiri...
            Semasa berusia 13 tahun,mungkin kerana terlalu nakal tinggal dengan  aruah mak dan kebetulan keputusan UPSR aku bolehlah dikirakan baik juga....aku diterima belajar di sekolah berasrama di daerah Pekan Pahang.Pada awalnya,aku memberontak dengan keputusan aruah mak menghantar aku ke sana,pelbagai cara aku buat untuk tidak mendaftarkan diri untuk bersekolah di sana tetapi aruah mak tahu akan kelemahanku iaitu pantang dicabar membuat hatiku begitu tekad untuk membuktikan kepada aruah mak aku bukan penakut.
            Maka bermulalah episod baru dalam hidupku...Hari pertama masa pendaftaran,aku begitu tenang menghadirkan diri sedangkan masih bersisa rasa tidak puas hati kerana terpaksa berjauhan dengan aruah mak dan adik-adik.Setelah segala urusan pendaftaran dan penempatan aku di asrama, aruah mak pulang ke rumah.keegoan ku luntur jua apabila menitiskan airmata mengiringi kepulangan aruah mak.Semingggu aku melalui minggu suaikenal ataupun orentasi tapi bagi aku bukan minggu suaikenal tapi  minggu sesuai kena,seksa giler...lagi-lagi asyik aku jer yang kena...sengsara jiwa raga tp setelah selesai melaluinya membuat aku jadi kuat untuk berada di sini.
              Seisi persekolahan ku adalah disebelah petang masa itu pelajar terlalu ramai,pihak sekolah terpaksa adakan 2 seisi persekolahan.berada di sini banyak mengajar aku menjadi tabah untuk melalui kehidupan ini.Seisi persekolahan tamat pada pukul 6.30 petang,aku dan rakan-rakan pulang ke asrama memang selalu hampir maghrib,jadi bilik air untuk mandi terlalu ramai terpaksa menunggu giliran siapa cepat dia dapat...Aku pula bukan kategori yang suka berebut kalau sempat cepat aku mandi kalau tidak selepas maghrib atau isyak baru mandi nak lagi special sikit selepas prep dah tentu lewat malam kalau tidak silaplah dalam pukul 10.30 habis prep terus minum malam kul 11 malam selepas itu kami ada masa setengah jam untuk selesaikan urusan tergendala sebelum semua penghuni asrama dikehendaki masuk bilik dan lampu akan dipadam kalau tidak ada yang akan berkawad tengah-tengah malam kena denda.
            Peluang setengah jam itulah aku selalu ambil peluang untuk mandi sebelum tidur kalau tidak sampai pagi aku tidak akan tidur sebab selalu tidak berpeluang mandi waktu maghrib.mungkin kerana bukan jenis yang suka dengan bau badan sendiri...Hanya setahun kerap mandi malam maka aku mendapat Ashtma...bila pulang bercuti pun aku kerap mandi malam kerana sudah terbiasa;selalu ditegur oleh aruah mak tapi tidak ku endahkan...dah dapat dosa tidak mendengar nasihat yang susahnya aku sendiri.Tapi aku bukan anak derhaka segala kesilapan telah ku pohon kemaafan dari aruah mak yang pasti setiap hari raya.
            Semasa berusia 14 tahun...aku kerap berada di hospital selalu sakit disebabkan ashtma atau lebih tepat lelah,Orang tua-tua cakap semput.sistem paru-paru dan pernafasanku tidak berfungsi normal...terpaksa dengan alat bantuan pernafasan atau lebih tepat gas oksigen bukan gas petronas tau,itu nak suruh cepat-cepat pas away.walaupun berkeadaan begitu dengan kerap jarang pergi kelas,aku di anugerahkan oleh ALLAH S.W.T dengan otak yang baik. Peperiksaan ku tidak pernah ada tulisan ball pen merah guru dalam buku rekodku tapi atas pagar itu adalah juga.Dalam keadaan begitu juga aku salah seorang atlit sukan yang cemerlang,tiada siapa jangka pesakit ashtma boleh aktif lebih dari orang normal,mungkin juga kerana minat yang dalam  untuk sukan.
            Zaman persekolahan aku nie bukanlah pelajar yang baik,nakalnya guru disiplin jer yang tahu...Hampir tiap-tiap minggu naik pentas perhimpunan dengan macam-macam hal yang memeningkan guru termasuk pengetua sekolah yang peliknya keputusan peperiksaan baik...juga dalam sukan.kalau nak tengok aku baik bila minggu peperiksaan,itu pun seminggu jer dan jika ada latihan sukan samada peringkat sekolah,daerah atau pun negeri,maka tiadalah aku menghiasi pentas perhimpunan.Biasanya kuncu-kuncu ku akan menggantikan tahtaku sementara...denda yang paling glamour yang selalu aku dapat cuci tandas selain rotan sampaikan tandas yang aku cuci siap boleh baring lagi tapi senakal-nakal aku tidak pernah membuli mahupun mengepow pelajar-pelajar lain,baiklah juga kan?tapi guru disiplin tidak pernah puas hati dengan aku...
             Setiap kali kena cuci tandas aku macam happy...mana tidak happy nyer kalau tandas tu aku yang jaga mana ada yang berani nak menyepah tidak tentu pasal memang cari sakitlah,setiap inci sekolah ada mata...berani buat beranilah tanggung akibatnya.Penyudahnya bila rasa tidak puas hati guru disiplin,aku mendapat mission baru bila kena denda...Cat bangunan sekolah,dari tidak tahu mengecat...pengalaman itu ada gunanya jua akhirnya.Hanya satu jer masalah nyer aku alah dengan cat disebabkan ada Ashtma kalau tidak demam teruk aku akan mengidap ulser tekak yang teruk.Dari mengecat bangunan kosong aku beralih posisi melukis mural kat dinding bangunan pasal itu aku mahir dengan warna.bukan itu jer denda yang indah aku dapat,buat kolam ikan pun pernah...dah macam tahap pekerja kontrak lak kadang-kadang,tukang kebun dan makcik cleaner pun mungkin pernah nak letak jawatan kot....yang penting aku tidak perlu selalu terperap dalam kelas mengadap buku juga mendengar guru menyanyi yang selalu aku tidak faham tapi aku bukan bebal ek...hanya tidak suka cara guru mengajar yang membosankan tapi bila guru yang best mengajar akulah orangnya sampai rakan yang duduk depan beralih ambil tempat ku yang lain.
            Itu kisah di sekolah kalau di asrama pun tetap aku juga yang mahir tentang denda-denda nie...warden dah tidak tahu nak buat apa?Sampai ada yang tidak kisah apa aku buat...lama-lama dah lali dengan perangai aku.Akhirnya pengetua sekolah  dan guru kegemaranku mengambil pendekatan menjadikan aku anak angkatnya...bermulalah kesopanan dan kesusilaan aku selama berada di sekolah ini,mengurangkan kuota aku berada di pentas perhimpunan dan di rotan tapi masih ada sedikit kenakalan yang kadang-kadang sengal-sengal badan kalau takde langsung tapi ada had juga menjaga air muka ayah angkat dan mak angkat.pernah nak dilantik pengawas sekolah tapi mentah-mentah aku tolak,mana boleh baik sangat lah...penat menjawap dengan pengetua tapi aku jual muka seposen jer tidak ku jawap.Hanya bila berada dalam tingkatan 5,kenakalanku kurang hampir tiada...mungkin kerana tahun terakhir ataupun dah tua kot mula memikir masa depan...hehehe...Ya tidak nie...?yalah tu kot...
            Itulah kisah aku pada zaman persekolahan dan dimana bermulanya aku mendapat penyakit ashtma(lelah)...hingga saat ini sudah 19 tahun aku mengidap penyakit ini,sekarang pun semakin teruk hinggakan bau asap apa pun dah tidak boleh termasuk bau yang menyengatkan macam racun,petrol dan seangkatan dengannya kalau habuk lagilah tidak boleh kata apa...kalau bab pantang nie memang aku pantang tapi pantang tengok...hahaha...yang sakitnya aku sendiri kalau dah degil nak buat macam mana...sendiri tanggunglah.Saat aku menulis cereka pendek nie aku sedang diserang ashtma yang teruk sampai kena pergi klinik tadi,hanya salah sikit jer minum air gas A&W dan ais,bermula dengan batuk menyerang hingga selsema datang menghadirkan demam pada malam ini.Nasihatku...jangan cari penyakit dengan mandi malam nanti mesti dapat best friend baru dan teman istimewa...ubat dan hospital yang tidak boleh dipisahkan lagi kecuali maut.uniform aku pun bertukar bila dah sakit macam nie...

Sesungguhnya besarnya pahala itu sesuai dengan besarnya ujian yang diterima.Sesungguhnya Allah itu jika mencintai suatu kaum,nescaya Allah akan menguji mereka.Maka barangsiapa yang ikhlas menerima ujianNya,maka dia akan mendapat keredhaan Allah(dan pahalaNya),dan barangsiapa yang benci dengan ujianNya,maka dia akan mendapatkan murka Allah(dan seksaNya).”(Hadith riwayat At-Tirmidzi)

                                                                                        NUKILAN
                                                                         MYLOVELY @ KASIH HATI
                                                                                   12HB MEI 2011

No comments:

Post a Comment