Wednesday, June 1, 2011

MEMORI CINTAKU

Cinta...setiap insan ingin memilikinya.Cinta ini terlalu indah tika kehadirannya,segalanya terlalu bermakna dan segalanya mahu dikorbankan untuk yang dicintai hingga tidak ingin ada sedikit pun kekurangan dalam perhubungan mahupun pada diri pasangan.Nilai cinta lebih tinggi dari segalanya... kadang-kadang cinta juga boleh memusnahkan kehidupan seseorang jika kekurangan keimanan dalam diri juga pemikiran.
            Aku mengenal erti cinta seawal 15 tahun usiaku...terlalu muda untuk laluinya tetapi cinta itu hadir tidak aku pinta hanya kebetulan seseorang ingin melepaskan diri dari dibelenggu insan yang mengaku menyayangi sedangkan memandang pada nama dan harta.Mungkin inilah cinta monyet yang selalu orang tua-tua katakan.Seingat ku...cinta ini berlangsung sehingga usiaku 18 tahun,pada awalnya berselindung dimata umum sedangkan antara kami hanyalah sekadar kawan rapat yang berjauhan.
            Segalanya bermula ketika aku menyertai Kejohanan Tenis peringkat MSSP(Daerah)mewakili daerah pekan lalu menaikkan nama sekolah yang membawa aku ke suatu tempat iaitu daerah Raub. Minat yang mendalam dalam sukan ini membuatkan aku tidak melepaskan walaupun satu perlawanan untuk ku tonton jika tiada perlawanan untuk ku.Keasyikkan dan ketenangan aku diganggu dengan satu pertengkaran berhampiranku antara sepasang kekasih yang berlainan daerah dengan ku,namun tetap tidak ku pedulikan sehinggalah hadir bayangan insan lelaki yang bertengkar menghampiriku lalu memperkenalkan aku adalah insan yang mendampinginya kini.Betapa tersentaknya aku...yang tidak tahu dimana hujung dan pangkalnya masalah mereka...riak lelaki ini terlalu inginkan bantuan ku dan tidak disedari aku mengakuinya dan aku sendiri terpana tika bayangan tamparan seorang wanita tetapi tidak singgah dipipiku kerana lelaki itu yang menahannya.
            Aku ingat masalah itu akan selesai disitu dan aku tidak mahu tumpuanku dalam perlawanan terganggu tetapi aku dipertemukan dengan wanita itu dalam satu perlawanan.satu perlawanan sengit yang membuat aku sedikit gentar kerana matanya penuh kemarahan yang tidak terbendung. Aku tidak tahu dimana munculnya lelaki semalam memberi sokongan penuh untuk aku harungi perlawanan ini.Rupanya memberi bonus untuk ku kerana lawan ku bermain di dalam kemarahan  membuatkan permainannya tidak teratur dan tersusun.Aku menang tetapi tidak menjadi kebanggaan kerana terasa tidak adil menang tetapi lawan berada dalam keadaan lemah.Hanya kemenangan mata bagi daerah namun tiada senyuman di wajahku.
            Seminggu perlawanan ini berlangsung dan selama ini perasaan aku tidak tenang dengan masalah yang timbul kerana tidak puas hati dengan keadaan aku menemui lelaki itu meminta penjelasan mengapa aku diheret bersama didalam masalah mereka.segalanya jelas dia dari golongan berada dan wanita itu sepupunya yang berlaku curang dibelakangnya.Hubungan kekeluargaan yang mengheret mereka bercinta seawal ini kerana perjanjian keluarga.Pada awalnya mati akal aku ingin menerima tetapi tetap menjadi pendengar yang baik yang akhirnya 6 bulan kemudian kami terikat dalam cinta.Kenangan makan malam di raub membawa kami bersama ke Kuala Lumpur mewakili Negeri Pahang ke kejohanan Tenis peringkat MSSM(Kebangsaan)sehingga kami mengakhiri zaman persekolahan yang membuat dia melamarku kerana belajar luar negara dan tidak mampu berjauhan dariku kerana hanya aku yang memahaminya.
            Apa yang patut ku buat sedangkan aku tidak bersedia dan tidak dapat menerima kerana kami terlalu muda untuk bersama.Pernolakkan itu membuat dia benar-benar membawa diri sehingga tiada berita lagi aku dengar darinya dan kami dipertemukan semula setelah 4 tahun menghilangkan diri dan memberi khabar bahawa dia akan berkahwin dengan sepupu wanitanya adalah kerana aku tidak menerima dia.Mengapa kesalahan ini diletakkan dibahu ku,pelbagai perasaan hadir dalam diriku ketika itu tetapi aku kuatkan diri menerima segalanya mungkin kerana ini adalah takdir yang telah ditentukan.Dalam masa yang sama sebelum SPM...aku telah dirisik oleh kawan keluargaku sebelah aruah mak yang berada di Perak.Yang ini aruah mak yang memberi keputusan menolak kerana mahu aku belajar lebih tinggi,itu harapannya yang menjadi impian aruah mak sekian lama.
            Aku belajar erti cinta...Selepas cinta zaman sekolah aku dihadiri cinta selewat usia 21 tahun yang membawa kami mengikat hubungan lebih jauh yang menjadi rahsia hanya aku dan aruah mak...tetapi cinta ini tidak berpanjangan kerana tidak memberi aku ruang untuk keluargaku yang membesarkan ku hanya kerana aruah mak sakit...kukorbankan cinta ini kerana keluargaku lebih bermakna dan menjadi keutamaan dalam hidupku.Jika aruah mak telah berkorban membesarkan aku tanpa seorang suami di sisi mengapa aku ingin membelakangkan seorang ibu yang berhempas pulas untuk melihat aku berjaya dan menjadi apa yang aku miliki sekarang.Mungkin aku bukan orang yang berkerjaya bagus tetapi aku tidak menyesali dengan apa yang telah aku putuskan juga yang telah ditakdirkan untukku.             
            Walaupun pada awalnya perit menerima keadaan dan masalah yang timbul tetapi berkat kesabaran yang di ajar aruah mak...Aku bahagia dengan apa yang aku miliki,nasihatnya tetap menjadi peganganku tatkala kebuntuan mengharungi hidup ini.Aku bahagia melihat adik-adik berada  di tempatnya sekarang,walaupun kadangkala bermasalah tetapi tika aku tiada sesiapa mereka ada di sisiku.Selama 6 tahun aku mengubat hati ini untuk melupakan cinta yang tidak kesampaian....Mungkin terasa bodoh kerana aku yang membuat keputusan tetapi sebagai manusia aku tidak boleh menipu diri sendiri hanya kerana inginkan pembaharuan.Hati tidak boleh berbohong walaupun kita mahukannya.
           Aku mula memahami erti cinta... Apabila aku telah dapat melupakannya dan dapat menerima insan lain dalam hati ini, seingatnya aku tidak mengharapkan kehadiran sesiapa untuk mengisi kekosongan diri...Aku hanya mampu merancang tetap ditakdirkan hati ini  dapat menerima insan lain.Sedarinya hanya perasaan terpendam sejak kali pertama bertemu...6 tahun merawat luka sendiri tetapi mengapa dia yang aku sendiri tidak jangka yang mengisi hati ini.Aku cuba menidakkan perasaan ini tetapi semakin aku lari semakin utuh di sudut hati.Aku benar tidak layak untuk singgah di hatinya dan terasa diri ini terlalu jauh dari impian.Sebaik mungkin tentang hubungan ini diperjelaskan tetapi aku terasa malu dan rasa rendah diri terlalu menebal.Hampir 6 tahun aku memendamkan perasaan ini sendirian,Aku cuba untuk lupakan dan cuba mengusir perasaan ini jauh kerana hubungan persahabatan yang termatri selama ini.Aku takut kehilangan dia jika dia tahu akan perasaan ini jika dia tidak dapat menerima seadanya aku.
            Bohong jika aku tidak sakit berada dalam keadaan ini...semakin sukar jika rindu bertandang untuknya.Aku hanya mampu...melihat dan menjadi pendengar jika dia bermasalah.Beban semakin memberat jika dia bercerita tentang orang lain walaupun aku cuba menerima tetap ada cemburu dihati.Tampak aku tenang sedangkan badai melanda aku yang lemas.Aku cuba korbankan diri untuk melihat dia bahagia dengan pilihannya tetapi aku yang menderita menjeruk perasaan,harus bagaimanakah aku ingin teguh sedangkan aku benar-benar rapuh.Cinta tidak semestinya memiliki tetapi kenapa cinta ini terlalu menyakitkan?...6 tahun aku pendamkan segalanya dan masa yang sama aku ingin lupakan rasa dalam diri ini untuk menerima orang lain tetapi aku terlalu takut jika aku tidak mampu untuk melupakannya.Ketika aku terpilih masih ada dia di ruang mataku,ketika aku dipilih masih dia mengisi ruang helaan nafasku dan jika aku memilih terasa nadi terhenti meresap degupan jantung yang sukar untuk ku nyatakan aku hanya ingin dimiliki oleh dia.
            Kebahagiaan yang ingin ku cari terasa jauh dari persada impian dan aku juga ingin membahagiakan orang yang aku cintai...adakah aku boleh memilikinya?Adakala renungan ku menjadi menungan yang panjang.Jika ada yang melihat nampak aku bagai mencari sesuatu yang hilang...Aku sendiri tidak tahu kesudahan cinta dalam hidupku.Semakin usia ku semakin bertambah semakin aku terasa kekosongan...bagaimanakah ruang yang ada untuk ku menjenguk masa...kadangkala terasa ada ketenangan tetapi tiada kedamaian.Sejak akhir-akhir ini...aku lebih senang bersendirian.Adakala aku akan membawa diri ke tempat yang dari dulu adalah terlalu tenang buatku jika aku keresahan selain bertemu kekasih abadiku yang mencipta alam ini.
            Tempat yang dia juga suka pergi jika ada keresahan dalam diri...Suasana pantai dan tepian laut terlalu damai dalam diriku.Hampir setiap minggu aku akan mencari ketenangan disitu,menghilangkan tekanan dan rasa tegang dengan kehidupan.Jika tidak berkesempatan disitu aku lebih suka mendekatkan diri dengan suasana alam yang lain.Jiwa ku benar-benar terasa tenteram walaupun harapan dan impian terasa tiada,mengundang lemah hampir rebah.
            Ramai yang kata aku memilih sedangkan mereka tidak tahu aku tidak mengharapkan yang terbaik tetapi aku inginkan insan yang baik yang dapat menerima aku seadanya aku, bertanggungjawab dan dapat membimbing aku ke arah yang benar...bukan sekadar memandang apa yang aku miliki dan amanah yang ku pegang.Kalau terlalu berat memikirkan tanpa aku sedar ada kesedihan dan tangisan yang hanya aku tahu betapa aku tidak pinta hidup bersendirian.Dunia ku kini terlalu kecil...memyendiri menjadi rutin selain masa kerja yang menyibukkan aku dari terlalu berfikir, macam aku terasa kesal dengan kehidupan tetapi aku tidak pernah menyesal dengan kehidupan ini dan aku redha jika aku terus bersendirian melayari kehidupan ini,sekurang-kurangnya aku memiliki kelebihan lain yang insan lain belum tentu memilikinya.

                                                                                NUKILAN
                                                                   MYLOVELY@KASIH HATI
                                                                           01HB JUN 2011