Friday, March 30, 2012

RANJAU HATI

Ku terokai kegelapan malam dalam kesepian,
Bermandikan gerimis yang gugur ke bumi,
Seakan-akan memahami hujan yang turun dihatiku,
Semakin jauh perjalanan semakin kosong jiwaku.
         Dalam kebasahan aku mencari diri...
         Menungan ku semakin jauh oleh kenangan,
         Mengusik selembar lembaran kerinduan...
         Akhirnya mengundang tangisan dibirai mataku.
Segala keresahan kuhamburkan bersama gerimis alam...
Semangatku yang hilang ingin ku kembalikan...
Ku cuba untuk mengukir senyuman...
Segalanya terasa hambar menikam wajahku.
         Aku cuba untuk menipu diri...
         Tetapi ianya memakan diri...
         Membuatkan tiada kedamaian dihatiku...
         Jiwaku merusuh mengundang api kemarahan...
Aku inginkan kemesraan lalu...
Namun ianya berubah dimakan waktu...
Kehadiran yang diiringi kesilapan...
Sukar untuk ku terima kemaafan.
         Aku cuba untuk menerima...
         Tetapi ia menekan jiwaku dalam sebak...
         Aku tidak tahu mengapa ada gelora menghempas...???
         Aku keliru dengan mainan sanubariku...
Mengapa ia sukar untuk ku tempuhi...???
Dalam kesakitan ku undurkan diri...
Walaupun tidak dapat melupakan dirinya...
Ku rawat kesakitan ini demi kebahagiaannya.
         Aku ingin memiliki kebahagian lalu...
         Namun kebahagiaannya bukan denganku...
         Ku pohon padamu tuhan...
Berikan kesabaran dan kekuatan untuk diriku...
Menempuhi ranjau ini penuh ketenangan,
Agar segala yang ku lalui ini memberi erti untuknya...
Kerana aku amat mengasihinya sepenuh hati...
Ianya pengorbanan untuk insan yang amat ku kasihi.

                                                                   GURISAN HATI
                                                         MYLOVELY@KASIHHATI
                                                           30HB MAC 2012(23:15PM)

No comments:

Post a Comment