Kesepian
bicaraku bukan kerana ku membenci...
Jauh
sekali untuk dipersalahkan mahupun menyalahkan...
Aku
cuba menenangkan diri mencari jawapan pada persoalan...
Segalanya
ku rasakan terlalu kabur...
Kekaburan itu membuatkan perjalanan
hidupku kelam...
Lalu ku bawa diri keluar dari
kebiasaan ku...
Mencari sedikit ruang berbicara
dengan hati...
Walaupun ku sedar ianya bermain
dengan jiwaku...
Membuat
aku lebih suka bersendirian...
Namun
ia terlalu menyakitkan...
Kerana
harga diriku dipersoalkan,
Ku
terima hanya kerana memegang amanah...
Walaupun ku ingin menyatakan
kebenaran...
Aku tidak mampu membela diri hanya
kerana insan lain...
Kasihku diuji hanya aku tidak
bersuara...
Ku biarkan diri ini terbakar...
Kedinginan
air di pergunungan...
Tidak
mampu meredakan keresahan yang membara ini...
Semakin
jauh aku merenungi kekurangan diri...
Kian
terasa sebak yang ku rasai...
Kenapa terlalu sukar untuk aku
melangkah...???
Sedangkan aku pernah melaluinya...
Mengapa semangatku terasa berada
jauh....???
Kemana menghilangnya Keyakinan dan
ketabahan diriku...???
Dimana
kekuatan yang selama ini aku pertahankan...???
Sederas
arus mengalir sederas itu jua...
Titisan
jernih menitis di pipiku...
Menzahirkan
apa yang terpendam dalam jiwaku.
Segalanya adalah kerana aku
mnyayangi...
Ya Tuhan ku lindungilah aku dari
segala fitnah...
Aku redha dengan ujianMu kali ini...
Ku serahkan segalanya untuk
meletakkan aku...
NUKILAN
MYLOVELY@KASIH HATI
23HB APRIL 2012(20:58PM)
tumpang lalu........<~~---~~>
ReplyDeletesushnyer.....jln penuh brliku.....