Tuesday, February 14, 2012

GETARAN NALURI

Sayang...
Kasih...
Cinta...
Tidak nampak tetapi merasai getarannya...
            Sayang...
            Aku melaluinya dalam debaran...
            Satu rasa aku mula mngenal erti sesuatu...
            Sesuatu yang indah tidak pernah ku rasai.
Kasih...
Ianya berputik setelah ku kenal erti sayang...
Merasainya dengan lebih bererti di jiwa...
Semakin kukuh dan sentiasa inginkan kehadiran.
            Cinta...
            Ia membuatkan aku nanar mencari kehadiran...
            Sentiasa inginkan dia berada disisiku setiap masa...
            Suara hatinya kedengaran dihatiku menambah kerinduan.
Perasaan ini benar hanya untuk dirimu,
Sanubariku sentiasa berdetik kala wajahmu hadir,
Senyumanmu sentiasa tersemat dihatiku,
Hinggakan aku inginkan kehadiranmu dalam mimpiku.
            Adakah dirimu rasai apa yang ku rasai?
            Adakah aku miliki hatimu?
            Benarkah cintamu hanya untukku?
            Aku ingin tahu kebenaran hatimu untukku...???
Kau sentiasa membelaiku...
Memberi sepenuh perhatian untukku...
Hingga aku tenggelam dalam kasihmu...
Aku sedar segalanya kerana aku kekasihmu...
Tanpa disedari kita telah mengikat hati bersama.

                                                                           NUKILAN
                                                            MYLOVELY@KASIH HATI
                                                     15HB FEBRUARI 2012(00:52AM)

No comments:

Post a Comment