Friday, February 11, 2011

PUJANGGA ALAM

Ku rangkaikan sebait kata,
Ku susun serangkai madah,
Ku jalin sebuah seloka,
Ku simpul menjadi ungkapan.
      Indah seni kerana gurindamnya,
      Cantik lagu kerana melodinya,
      Cantuman memori kerana kenangannya,
      Ikatan hati kerana perasaannya.
Hadirnya sayang kerana kasihnya,
Timbulnya rindu kerana cintanya,
Ibarat pujangga sehidup semati,
Sehati dan sejiwa menjadi satu.
      BENAR...bagai dikata,
      Apa yang ujud ada pasangannya,
      Masihkah ada yang ragu?
      Masihkah ada rasa curiga?
Antara kita mungkin berbeza,
Antara kita tidak direka,
Memang begitulah lumrah alam,
Yang sukar tidak engkar.

                                                                  NUKILAN
                                                   MYLOVELY@KASIH HATI
                                                           01HB JULAI 2004

No comments:

Post a Comment