Saturday, March 5, 2011

BERTAUT

Saat yang membahagiakan...
Wajah yang penuh keindahan...
Tersenyum malu tika mata bertaut,
Membuat hati berdetik berlagu riang.
      Sekian lama kita membisu...
      Meruntun hati kerana haluan ku berbeza...
      Walaupun hanya sementara...
      Tetap tercalar antara kita adalah satu.
Bukan bermakna dikau tidak bererti...
Hanya aku tidak mahu kau mengetahui...
Kerana aku tahu pengorbananmu...
Biar deritaku milikmu.
      Aku bahagia kerana dikau disisi...
      Sekilas pandang bagaikan tersembunyi...
      Dalam diam ada kasih mekar berdiri,
      Berbicara tanpa kata hanya merasai.
Kalau pungguk rindukan bulan,
Mengapa bayangan pengubat pilu,
Kalau sungguh bagai dikatakan...
Dihatimu terpahat senyumanku.
                                                                 
                                                     NUKILAN
                                                   MYLOVELY @ KASIH HATI
                                                             05HB MAC 2011
     


No comments:

Post a Comment