Thursday, March 3, 2011

SEBAK

Hampir berlalu hari istimewaku...
Keadaan diri yang tidak mengizinkan,
Terasa bagaikan tiada erti...
Sepi dan terlalu sedih tetapi apakan dayaku?
      Sebak yang berpanjangan...
      Membuat diri ini terlalu hiba,
      Adakah telah dilupakan?
      Sedikit kecewa dengan keadaan.
Ketika aku terlalu hampa...
Ada yang mengingati dan membuat kejutan...
Hampir menitiskan airmata  sebak didada...
Rupanya ada keraian untukku.
      Terima kasih kerana menberi sedikit keceriaan...
      Walaupun sederhana tetapi terlalu bermakna buatku,
      Saat dilupakan ada yang hadir menghiasi,
      Membuat  ianya terlalu istimewa...
Senyuman menghiasi dibibirku...
Terasa bahagia walaupun tidak teguh berdiri,
Menghiasi hariku dengan gelak ketawa...
Sejernih air ku mensyukuri nikmat bersama.

                                                                             NUKILAN
                                                               MYLOVELY @ KASIH HATI
                                                                      03HB MAC 2011

No comments:

Post a Comment